tika aku mula menarikan jemariku di papan kekunci..hati..dada..perasaan resah gelisah..sebenarnya rasa ini telah ada..beberapa hari nan lalu..kenapa..hmmm aku terkenangkan ibuku yang kupanggil 'omak'..kenapa?
yah..sebab beberapa hari yang lalu aku melihat dia seperti kesugulan..kemurungan..kesedihan..kehibaan..memendam rasa yang terlalu berat dan hampir tidak mampu ditanggung oleh jiwa tuanya..mulanya aku cuma memerhati..dan tanpa cuba mengetahui apa yang terpendam itu..kenapa?
sebab..lewat minggu dan bulan ini aku teramat sibuk dengan tugas-tugasku..menghadiri mesyuarat..menjadi panel temuduga yang memerlukan aku duduk lama di KLIA..Subang..lelah otak dan badan membuatkan aku cukup tersendiri bila berada dirumah..bila berada di sisinya..lebih banyak berdiam aku pada ketika itu..
ada aku kongsi dengan abah tentang dia..dan abah juga sedar akan perubahan itu dan bagiku abah menerimanya sebagai satu perjalanan hidup yang rigid dan tak mungkin berubah..kita melalui hampir kepada kitaran hidup sebagai makhluk..itu fahaman abah..aku? aku mendengar tapi hatiku keluh kesah..
dia aku lihat hanya melihat aku dari kejauhan hatinya..dia seperti payah nak melafazkan rindu takut2 kalau-kalau aku tidak betah untuk fokus dengan tugasku..cuba menggigit lidahnya dari bertanya apa-apatakut ia menjadi beban padaku..cuba sebaik mungkin melengkapkan aku sama seperti dia melengkapkan aku ketika aku mula ingin menjadi budak sekolah namun apa sahaja la yang mampu dilakukan oleh kudrat seorang ibu yang berumur 71 tahun itu..dengan kelelahan tugas seharian..hidapan dilutut yang tidak pernah kurang dan sunyi yang dirasa tanpa tempat berbual..aku rasa itu yang ditanggungnya...kejamkah aku membiarkan dia begitu? buka secara sengaja untuk aku membias tanpa suara..tetap berbasa basi tapi aku tidak tahu cara yang sebaiknya untuk meleraikan kemusut di hati dia..
tapi pernah suatu hari khamis..aku berbual ringan tanpa sebarang kepayahan membawa beban kerja..bualan itu semakin menjurus kepada apa yang difikirkannya..dia mulai membungkus rasa itu supaya aku tidak melihatnya..dan akhirnya aku merumuskan dia menjeruk rasa dengan tiap tingkah anak-anak..bagiku mungkin semakin kami dewasa dan mempunyai keluarga sendiri jarang menjenguk dia..kalau ada mungkin tempoh itu tidak cukup bagi dia menatap wajahan 'anak-anak kecil' yang dulunya merengek manja didakapannya..walau aku sentiasa dirumah tapi kekerapan yang dipamerkan oleh 'sentiasa' itu lebih menjurus kepada 10 hari di rumah dan selebihnya di udara atau pulau pinang..kota kinabalu..tawau..sandakan..kuching..kota bharu dan dimana-mana..
mungkin dia merasakan umurnya semakin meningkat dan melihat ratusan rambut putih di atas jemala kami membuatkan dia merasakan begitu sepi..sunyi..dan entahla..yalah..umur aku yang 36 ini sebenarnya melebihi 3 tahun umur dia melahirkan aku..
kemurungan itu berlanjutan..walau ada aku katakan padanya yang keinginanku bercuti ke langkawi bersama dia dan abah..namun aku pasti ianya bukan ubat keresahan itu..ada yang lain namun aku tetap gagal mengesannya..atau aku sengaja tidak mahu menerimanya sebagai salah satu sebab dia kerisauan? entah..akupun kusam..
hari sabtu..sepanjang hari dan masa aku bersamanya..duduk dibawah pondok yang dipanggil 'rumah lungguk' [tempat melonggok barang-barang-setor di luar rumah] sambil menyapu-nyapu daunan kering..membakar-bakar sampah..dia kelihatan riang sedikit..dia ada bertanya malam minggu aku kerja atau tidak..jawabku tidak dan menerangkan aku mahu dirumah sahaja minggu ini..sabtu itu aku seorang memasak didapur..dia hanya membantu membersihkan udang..udang masak lemak cili api dengan mangga muda..ikan masin tenggiri goreng..sambal tempoyak..dan telur dadar membuka selera aku..dia dan abah..selepas zohor..kami menyambung lagi bakaran sampah diluar..namun masih tidak dapat aku uraikan kekusutan pada hatinya..wajahnya masih terbayang pilu..dan aku seperti biasa menolak semua sangkaan menjadi putih seperti aku membakar daunan kering dan asap putih itu julang ke langit hilang di pertengahan..
malamnya aku tidur bersama mimpi 'dia pergi buat selama-lamanya' dalam mimpi itu tiada esakkan dariku cuma dadaku serasa padat dengan kepiluan namun tiada air mata menitis hinggalah aku terbangun namun perkara ini tiada aku kabarkan pada sesiapa pun kecualila hari ini..di maya ini..dan andainya ada sesiapa yang tahupun bukan dari aku tapi dari maya ini..ya aku mimpi dia mati..namun hari ahadnya aku langsung tidak betah memaklumkan padanya..sungguh..apa yang aku buat hanya melihatnya..menyapanya di dapur..mengunjukkan salam..dan menawarkan diri untuk memasak lagi..
kali ini dia ingin memasak gulai lemak cili api tulang untuk kakak ku..kebarung! aku menawarkan diri untuk membuatnya kesemua..seperti ingin menebus sesuatu lagakku..entah..aku sendiri pelik! tulang2 itu kami rebus diluar..sambil2 duduk di rumah lungguk..kami berbual lagi..pelbagai isu..sedikit sedikit aku dapat baca apa sebenarnya bersarang di hati dia..resah melihat keletah anak beranak cucu menantu..dan mungkin rindunya pada kakak sulongku di london..dia seperti menanti along pulang..aku faham benar selok cerita along itu..namun disaat itu tidak tersebutpun satu persatu keresahan hanya sekilas angin bahasanya bertiup maka akulah yang akan menterjemahkan kepada bahasaku yang tersendiri..
rempah ratus..asam garam..lada bawang telah tersedia..cuma menanti daging menjadi empuk..
bermula getus hatinya apabila kami bersama didapur..ada dia mengolah beberapa perkara untuk mendapat pandanganku..iya..aku ini kan orang gasar..suai-suai bahasa yang aku gunakan lebih menjurus kepada sinikal..aku jenis orang yang berterus terang..mulai dengan komen ku yang sedikit beralih kepada mempersalahkan dia yang terlalu halus dan baik..aku lihat dia duduk dikerusi dan diam..dan aku masih dengan komen halus menusukku..iya dia terasa walau bukan tertuju kepadanya..mungkin seorang ibu mana mungkin menelan celahan rasa orang lain terhadap anak-anaknya walau komentar itu datang dari aku yang menjadi anaknya juga..
kiranya kesimpulan yang diperkatakan sebagai membalas komen2 ku ialah.. "apa sahaja kata2 dari setiap anak-anaknya semua disimpan dalam hati termasuklah rasa tidak puas hati abah juga disimpan kemas dalam jiwanya..apa sahaja ditelan demi menjaga keharmonian keluarga..tiada siapa yang tau apa isi hatinya yang sentiasa menjeruk rasa" dan setakat itu aku boleh menilai setiap inci kemurungan..kebisuan..kesedihan..kecelaruan..kedinginan yang aku lihat dalam dirinya..iya..aku rasa bersalah kerana melukakan hatinya tapi aku tidak rasa bersalah dengan apa yang aku katakan kerana itu adalah kebenaran dan tiada siapa yang dapat menyangkal walau empunya diri..aku benar2 sedih dan bersalah kerana melukakan dia namun aku kekal dengan jiwaku bahawa dia patut tahu bahawa dia berhak menegur..bagiku, selepas aku melalui kedewasaan ini aku lebih bersikap mengalah..mengalah yang teramat sangat..mungkin kerana aku adalah adik kepada semua..kerana umurku masih muda..kerana kau tiada pengalaman berkeluarga..tapi aku tidak pernah mengalah dari segi apa yang sepatutnya menjadi tanggungjawab sebagai seorang anak kepada ibu bapa..dan apa yang sepatutnya dia dan abah terima sebagai seorang ibu dan seorang ayah..
selepas mendengar kata-katanya aku mempersiapkan hidangan..membasuh kotoran di singki dan berlalu ke bilik..dia dan abah menunaikan zohor..aku di bilik masih meneleku memikirkan kata-katanya tadi..bersalah dijiwa semakin besar umatnya..lama selepas membersihkan diri namaku dipanggil untuk makan tengahari bersama..kami makan dan tidak banyak bicara..abah aku lihat menyedukkan nasi dia..dan dia kulihat membasuhkan tangan abah..aku cukup tersentuh keluhuran kasih itu..
kami menghabiskan makan tengahari dengan penuh kesepiaan..bicara-bicara biasa hanya seperti angin di gurun sahara yang menghembus mengubah kontur pasir tanpa memberi kesegaran..begitu kami ketika itu..petang itu..cepat2 aku balik ke rumah sewa..entah kenapa..sebelum pulang aku seperti biasa dan rutin menciumi tangan, kedua pipinya dan dahinya..kuucapkan terima kasih..dan memohon diri untuk pulang..dalam hati ketika bersalaman aku memohon diampunkan atas kasar bahasaku mana tau kalau aku mati diperjalanan..sempat kupesan supaya dia makan ubat yang kubelikan bagi mengurangkan sakit lututnya mengikut masa dan aku tahu dia masih luka..abah seperti biasa hanya berbasa basi..aku mengajaknya menjenguk adiknya di johor yang sedang gering..walau sebenarnya aku cukup payah untuk merapatkan diri dengan keluarga sebelah abah..MALAS! janjiku untuk membawanya ke johor jumaat ini bersama dia menceriakan abah..bagi dia entahla..mesti dia juga sepertiku malas beripar duai...sedara ketika kita 'berada' ni susah juga..cuma kali ini aku buat untuk abah..seperti kataku tadi ini adalah 'hak' abah untuk ke sana dan tanggungjawab aku sebagai anak untuk merealisasikan niatnya!
semalaman aku memikir tentang dia..betul katanya..pendaman itu amat menyakitkan dan jika ingin meluahkan takut ada hati yang terluka..merajuk dan mungkin menjauh..aku akur tapi siapa kita yang sebagai anak ini untuk merajuk? menjauh? sebagai anak kita perlu sedar sebenarnya..sedar diri..iya..macam aku juga..aku sentiasa sedar diri sebagai anak..cuba mendapatkan apa yang diperlukan cuba mengatakan iya kepada yang TIDAK buatku semata-mata kerana mereka...dia dan abah!
aku sentiasa ingat dan waspada bahawa janji Allah itu benar! WHAT GOES ROUND COMES ROUND....
semalam aku balik..melihat dia lagi..melihat ke matanya..dia juga melihat ke mataku..iya..aku tahu dia juga seperti aku..memikirkan apa yang terjadi..apa yang dia katakan dan apa yang aku katakan..angah balik dalam masa yang sama..aku membiarkan dia melayan anaknya yang itu kerana angah datang sekali sekala menjenguk..sedangkan aku sentiasa ada di rumah..bagaimanapun layanan yang aku terima..orang lain akan tetap mengatakan aku mendapat yang terbaik..terbagus kerana aku anak bongsu..namun bagiku layanan dia dan abah adalah hak mereka..aku terima, telan dan akur kepada semuanya..bagiku, aku tidak mahu menyusahkan dia dan abah..biar aku susah tidak mengapa asal mereka tahu bahawa yang aku ini baik-baik sahaja..
malam jam 0345 pagi aku terjaga..dia tidur di ruang rehatku..hmm mungkin kerana biliknya telah didiami oleh angah..dia memang tidak selesa tidur bersama abah..panas dan rimas katanya..kesian aku melihatnya, sepatutnya dia tidur di atas katil dan punyai bilik sendiri tapi entahla..aku pelawa dia tidur bersamaku..dia enggan..hmm aku tau bahawa dia tidak mahu tidurku terganggu...aku meyambung lena..
jam 0530 aku terbangun dan bila kusua kepalaku..dia sedang melipat selimut..aku menjenguk ke dapur..abah mendidihkan air..
iya..dia..ibu..emak..omak..terlalu menahan rasa pada setiap anak-anaknya..nak diluah terasa sayang..nak dipendam memakan hati..nak di tegur terasa bimbang..seandainya darahnya menjauh pergi..
selagi ada..selagi daya..sekerap mungkin..semampu boleh..anugerah ini bagiku hanya sekali seumur hidup..pergi dia..pergi abah..hidup aku juga akan turut mati bersama-sama kehilangan itu nanti..bagi yang masih memiliki..menghargai itu lebih utama dan penting dari menyesali dan menangisi..
::selagi aku bernyawa..selagi terdaya bagiku..dia dan abah adalah keutamaan andai kebahagiaan aku menjadi galang gantinya aku rela demi mereka::